Masa aku sampai depan pagar, awal-awal lagi aku 'ditembak' oleh pengawal yang menjaga kompleks utama bangunan tu dengan pelbagai soalan. apa tujuan, aktivis Sejarah dari mana. Aku jawab cuma nak melawat saja, sambil bawa buku Hashim Musa untuk buat rujukan. Aku datang pun waktu dunia tengah dilanda wabak Covid-19, maka ada SOP yang harus patuhi. Lokasi Prasasti agak tersembunyi sikit sebab batu ni betul-betul dalam kompleks Gereja St Anne. Kemudian aku pun terus bergegas menuju ke sebuah binaan kecil berbumbung tu memandangkan jarak tempat aku parkir kenderaan agak jauh dari lokasi batu bersurat. rupa-rupanya besar jugak prasasti ni. Kalau pandang dari jauh batu bersurat ni kelihatan tak ada apa yang menakjubkan. Aku panjat batu sampai atas baru nampak tulisan kuno pra-pallava. kat bawah penuh kesan grafiti manusia moden termasuk tulisan Kolonel James Low sendiri. Inskripsi Cherok Tokkun Secara ringkas, Inskripsi Cherok Tok Kun abad ke-5 dan 6 antara yang t
Wacana Ilmiah | Ulasan & Hobi