Skip to main content

Misteri Batu Bersurat Cherok Tok'kun

Masa aku sampai depan pagar, awal-awal lagi aku 'ditembak' oleh pengawal yang menjaga kompleks utama bangunan tu dengan pelbagai soalan. apa tujuan, aktivis Sejarah dari mana. Aku jawab cuma nak melawat saja, sambil bawa buku Hashim Musa untuk buat rujukan. 

Aku datang pun waktu dunia tengah dilanda wabak Covid-19, maka ada SOP yang harus patuhi.

Lokasi Prasasti agak tersembunyi sikit sebab batu ni betul-betul dalam kompleks Gereja St Anne. Kemudian aku pun terus bergegas menuju ke sebuah binaan kecil berbumbung tu memandangkan jarak tempat aku parkir kenderaan agak jauh dari lokasi batu bersurat. rupa-rupanya besar jugak prasasti ni. 

Kalau pandang dari jauh batu bersurat ni kelihatan tak ada apa yang menakjubkan. Aku panjat batu sampai atas baru nampak tulisan kuno pra-pallava. kat bawah penuh kesan grafiti manusia moden termasuk tulisan Kolonel James Low sendiri. 

                  Inskripsi Cherok Tokkun

Secara ringkas, Inskripsi Cherok Tok Kun abad ke-5 dan 6 antara yang tertua di Alam Melayu sekitar 1,600 tahun lalu, menggunakan bentuk skrip Pra-Pallava, menyerupai inskripsi Purnavarman dari Taruma. Semua Skrip Pallava Awal di Kepulauan Melayu tertulis dalam Bahasa Sanskrit(tapi J Laidlay kata Cherok Tokun dalam Bahasa Pali).

                 Aksara Pra-PallavaNamun

identiti 'Raja Ramaunibha' yangterpahat pada Prasasti ini masih belum dikenal pasti siapakah baginda. Raja tempatan atau dari tempat lain atau rekaan?


                              Skrip Pra-Pallava

Terjemahan transliterasi J Laidlay:  "Saya mengakui musuh-musuh Raja Ramaunibha yang berpuas hati dan mereka yang jahat terus tertindas."

P.s maaf ya aku hanya sempat tangkap beberap keping gambar saja. 

Comments